Kelas Kesedaran Asas Media Sosial Untuk Pemain MLBB
28 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mac 2026, seorang peserta telah menyertai Kelas Kesedaran Asas Media Sosial Untuk Pemain MLBB. Kelas ini memberi fokus kepada peranan media sosial sebagai sebahagian daripada ekosistem e-sukan serta kepentingannya kepada pemain dalam membina identiti dan komuniti.
Peserta didedahkan bahawa pemain bukan sahaja bermain, tetapi juga perlu berkongsi kandungan yang memberi nilai kepada orang lain. Media sosial dilihat sebagai platform untuk membina imej diri dan komuniti, di mana setiap kandungan yang dikongsi mampu memberi impak terhadap reputasi sebagai pemain. Selain itu, modul ini menekankan kepentingan menghasilkan kandungan yang bermanfaat serta memahami asas penggunaan media sosial dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: